Thursday, August 4, 2011

INTERAKSI 3 - JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
  • Menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
  • JSU – jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya.
  • Rancangan persediaan item/soalan.
  • Dikenali juga sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification”.
  • Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi :
  • Paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran (melintang).
  • Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.
  • Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
  •  Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil.
  • *      Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta  tersebut menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
  • Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
  • Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.

KEPENTINGAN JADUAL SPESEFIKASI UJIAN (JSU)
*       Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
*       Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
*       Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
*       Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
*       Kertas ujian dapat digubal secara sistematik
*       Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
*       Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
*       Memberi panduan untuk membentuk soalan.
*       Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
*       Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
*       Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.
*       Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
*       Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

TUJUAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN DIWUJUDKAN
*       Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)
*       Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.

CIRI-CIRI JADUAL SPESEFIKASI UJIAN (JSU)
  • Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
  •  JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
  • Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
  •  Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
  • Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
  • Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
  • Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.


LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.
Langkah tiga

1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)
Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.