Tuesday, September 13, 2011

INTERAKSI 6 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA (PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO DAN PEMERHATIAN))

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

1.    Penilaian melalui Portfolio
2.    Penilaian melalui pemerhatian

 PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

*      Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

*      Ciri-ciri :
  • Portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti.
  • Proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir.
  • Kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.
  • Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan2.
*      Jenis-jenis  portfolio yang boleh dibina :
  • Portfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan.
  • Portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio keja harian. Ini berbentuk sumatif.
  • Portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
*      Kegunaan portfolio :
  • Membolehkan guru-guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.
  • Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri.
  • Membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
*      Perancangan sebelum membuat portfolio :
  • Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
  • Isi kandungan portfolio.
  • Pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio.
  • Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.
*      Penilaian Portfolio
  • Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
  • Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
  • Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
*      Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.
1. Portfolio Kerja Harian
o   Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
o   Contohnya;
·         Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
2. Portfolio Hasil Terbaik
o   Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
o   Berbentuk sumatif
o   Contohnya;
§  Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen
o   Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
o   Contohnya;
§  Hasil lukisan daripada warna tersebut.

*      Kegunaan Portfolio
  • Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
  • Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
  •  Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
  • Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
  • Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

*      Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
*      Bagaimana Portfolio dinilai?

  1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
  2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
  3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan
  4. yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
Kriteria penilaian
  1. Struktur dan organisani
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

*      Pemerhatian dilakukan secara berterusan dan mengikut jangka waktu yang diperlukan / ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
*      Cara ini boleh dilaksanakan secara senarai semak, rekod anekdot,rekod profil.
*      Kualiti pemerhatian :
  • Guru mempunyai sifat-sifat pemerhati iaitu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan persekitaran.
  • Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil dalam sesuatu situasi.
  • Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
*      Bentuk perancangan :
  • Menyediakan alat relevan dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
  • Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
  • Merangka tindak susur yang akan dijalankan mengikut konsikuen yang dijalankan daripada pemerhatian itu.
*      Merekod penilaian pemerhatian
  • Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang tersusun dari segi pendekatan atau kaedah kumpulan atau individu.
  • Cara merekodkan dapatan dan rumusan direkod mengikut urutan yang betul.
  • Tindakan susulan rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susulan yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
  • Rekod anekdot - boleh digunakan untuk menilai kecekapan / kecerdasan individu dalam bidang-bidang tertentu seperti kecekapan linguistik/bahasa, kecekapan muzik, kecekapan pergerakan badan, kecekapan intrapersonal.
*      Jenis-jenis pemerhatian
  • Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan dengan melapor apa yang dilihat sahaja.
  • Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara "open-ended" iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan dan perlakuan.
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.
*      Strategi pelaksanaan
  • Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/yang dirancang.
  • Guna senarai semak/rekod anekdot.
  • Secara global / analitik mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran.
  • Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensel dan kertas/secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaian.
  • Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan implikasinya ke atas pelajar.
  • Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keperluan dan keadaan.
  • Maklum balas diperolehi melalui pemerhatian guru / tindak balas pelajar.
  • Refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai pemerhatian.
*      Fungsi penilaian melalui pemerhatian
  • Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor afektif dan kognitif pelajar.
  • Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudah cara, tutor dan pendidik.

1 comment:

  1. SAYA ADA SATU SOALAN IAITU BAGAIMANAKAH CARA NAK BUAT PEMBELAJARAN BERPORTFOLIO ? HARAP DAPAT MAMBANTU.T.Q.

    ReplyDelete