Tuesday, September 13, 2011

INTERAKSI 8 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA (PENILAIAN MELALUI PROJEK)

KAEDAH PENILAIAN BAHASA
1.    Penilaian Melalui Projek

PENILAIAN MELALUI PROJEK

*    Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
*     Melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisi data dan penyediaan laporan.
*     Konteks kurikulum – projek bermaksud tugasan secara amali.
*    Tugasan dijalankan secara indivisu atau berkumpulan.
*    Tugasan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang tertentu.
*    Tujuan – membolehkan pelajar mengingtegrasi pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.
*    Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan.
*    Instrumen yang boleh digunakan boleh berbentuk kontrak, rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain.
*    Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tetang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.

*      Tujuan :
  • oMenggalakkan pelajar bekerjasama.
  • oMurid berpeluang untuk menunjukkan kreativiti
  • oMemberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.
  • oMemberi peluang pelajar untuk memimpin,
  • oMemberi suatu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu berbincang


*      Garis panduan laporan projek
  • oTunjukkan kerumitan yang mungkin bagi sesuatu topik.
  • oTentukan kriteria penilaian.
  • oElakkan perkara yang terlalu abstrak.Gunakan kosa kata yang sesuai.(Laras bahasa)
  • oGuna contoh yang sesuai.
  • oHubung kait topik dengan pengalaman sendiri.


*      Langkah menjalankan projek

1. Penentuan tajuk dan skop
2. Penilaian awal projek
3. Pelaksanaan strategi
4. Pemprosesan maklumat
5. Penilaian hasil projek

No comments:

Post a Comment